Saturday, 9 November 2013

Dari Medan Politik Ke Anugerah Shout.@khairykj


Malam ini 9hb November akan diadakan malam gemilang untuk menghargai bakat-bakat seni tanahair iaitu Shout Award 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil. Majlis ini adalah anjuran stesen televisyen 8TV daripada kumpulan Media Prima dan bakal disiarkan juga secara langsung di stesen tv tersebut.



Shout Award tahun ini majlis kali keempat diadakan untuk menghargai penggiat seni daripada kategori muzik, tv, filem, radio, works dan social media. Sebagaimana majlis-majlis anugerah lainnya, Shout Award tahun ini tidak banyak bezanya dengan pelbagai majlis yang serupa dengannya tetapi ia agak istimewa kerana seorang menteri iaitu Khairy Jamaluddin, yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia, turut serta bertanding untuk merebut salah satu daripada 17 kategori yang dipertandingkan.



Barangkali juga, ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia seorang menteri menyatakan persetujuan untuk turut serta bertanding merebut anugerah dalam acara hiburan tanahair.Dalam Shout Award 2013 ini, KJ akan bertanding merebut gelaran Wired Celebrity Award dalam kategori Social Media dan pesaing-pesaingnya ialah Aaron Aziz, Adibah Nor, Fatimah Abu Bakar/Sharifah Amani/Sharifah Aleeya, Sofea Jane dan penyanyi Yuna.

Pengundian pula boleh dilakukan melalui talian dalam laman web khas yang disediakan oleh pihak penganjur. KJ sendiri dalam Twitter menampakkan rasa terujanya dengan penyertaannya dalam Shout Award ini dengan menulis "Baru selesai pemilihan parti, sekarang lawan Aaron Aziz pula. Mohon sokongan rakan2.Haha"


Kata Pak Tua : kadang-kadang aku tgk kau ni sengal..tapi hari ni,aku yakin kau mampu mengemudi bahtera PEMUDA UMNO MALAYSIA dengan baik, In Shaa Allah....mungkin bagi sesetengah individu menghentam,tapi bagi aku ini adalah inisiatif yang baik..

No comments:

Post a Comment