Sunday 10 August 2014

VIRUS EBOLA DAN ANCAMAN TERHADAP JEMAAH BAKAL HAJI




Semua jemaah yang bakal melakukan ibadah haji bagi musim 1435H/2014M dinasihatkan agar tidak merasa gusar berkenaan penyakit baru 'EBOLA' yang kini tersebar ke Mekah.

Bercakap kepada sidang media,Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail,semua bakal haji tidak perlu begitu risau kerana Tabung Haji dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa akan memantau dan akan memberi garis panduan dari semasa ke semasa.

Sebelum itu beliau merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Putra,Putrajaya.



Penerbangan pertama yang bakal berlepas adalah pada tarikh 27.08.2014.Tabung Haji kali ini menguruskan jumlah yang sama jemaah seperti tahun lepas iaitu 22,320 orang dan kesemuanya akan berlepas dalam 64 penerbangan melalui 7 stesen iaitu KLIA,Alor Star,Bayan Lepas,Kuala Terengganu,Senai,Kota Kinabalu dan Kuching.
Penerbangan yang terakhir memasuki Jeddah dijangka pada 27.09.2014.

No comments:

Post a Comment