Wednesday 6 August 2014

MCDONALD'S DUNGUN DITUTUP, AQSA SYARIF KECEWA


Ceritanya semalam pemboikotan terhadap barangan pro-ISRAEL,McDonald's terus dilakukan.Antara yang berlaku secara besar-besaran bertempat di McDonald's Dungun.





Dikatakan 'flashmob' dihadapan restoran francais milik yahudi itu berjaya sehingga restoran itu tutup dan mengalami kerugian besar.Wah nampaknya macam kemenangan Islam disitu.



Indah khabar dari rupa.Rupa-rupanya,perhimpunan yang sepatutnya berada dalam keadaan aman tidak seperti yang diharapkan.Dikhabarkan terjadinya perkara-perkara yang diluar jangkaan antaranya pintu restoran itu digegarkan,restoran itu dibaling dengan benda dan tidak terlepas pekerja yang juga Islam di ugut dan dilempar kata-kata kesat.

Berikut kenyataan rasmi Aqsa Syarif yang turut meluahkan rasa kesal:



Apa sebenarnya yang berlaku?Kegilaan apakah ini?Sepatutnya kita menunjukkan akhlak yang baik,akhlak mulia bukan bertindak sembrono menggunakan emosi yang akhirnya memburukkan keadaan.

Kita mengutuk Israel dan yahudi atas kekejaman mereka ke atas Palestin,kini kita menjadi 'Israel' ditempat sendiri.Dan mengapa hanya McDonald's sahaja yang diboikot?Sedangkan bermacam-macam lagi produk Yahudi yang secara terang-terangan kita masih guna.Antaranya Astro,Colgate, Milo,Nestle.

Pemboikotan yang akhirnya memalukan diri sendiri


Tidakkah kita mahu ber'flashmob' dihadapan kilang rokok Dunhill?Dihadapan kilang Nestle?Dihadapan pejabat Astro?Mengapa hanya McDonald's?


Bukanlah tidak menyokong pemboikotan McDonald's ini,tetapi haruslah bijak untuk kita menjadi pemboikot barangan pro-Yahudi.Janganlah hanya selektif.Dan apa yang lebih penting,bertindaklah menggunakan akal bukan hanya menggunakan emosi semata-mata.


Namun itulah fenomena yang sedang berlaku di negara kita Malaysia.Semoga kita terus memboikot barangan pro-yahudi secara menyeluruh dengan konsisten dan bukan hanya bermusim.

No comments:

Post a Comment