Thursday 21 August 2014

CUACA PANAS BAKAL BERLARUTAN PADA MUSIM HAJI KALI INI @azeezputera @tabung_haji





Cuaca panas dijangkakan akan berlarutan sehingga ke bulan Muharram di Makkah dan Madinah.Inilah cabaran yang bakal dihadapi jemaah haji bagi musim 1435 ini.

Bakal haji dinasihatkan banyakkan meminum air bagi mengimbangi cuaca panas di Madinah yang dijangkakan akan mencapai sehingga 40-42 c° manakala di Makkah pula 38-40 c°.



Mengulas berkenaan pengurusan Tabung Haji,Konsulat Tabung Haji Malaysia di Arab Saudi Redhuan Bin Sabaruddin berkata pihak Tabung Haji telah bekerja keras sepanjang tahun bagi membuat persiapan haji dari segi penyediaan tempat,makanan,kenderaan,perubatan dan lain-lain lagi.

Sebanyak 9 buah bangunan bakal dijadikan tempat penginapan di Makkah antaranya Abraj Janadiah, Qasr Janadiah,Manan Asyuruk dan yang lain lagi jaraknya kurang 1km dari Masjidilharam.Sebanyak 3 buah bangunan bakal dijadikan tempat pengipanan bagi bakal haji dari Malaysia iaitu Hotel Al-Haram, Hotel Al-Madinah Movenpick dan yang ketiga Hotel Al-Saha dan ketiga-tiga Hotel ini sangat berhampiran dengan Masjid An-Nabawi.



Tabung Haji juga telah menyediakan sebanyak 400-500 buah bas bagi pengangkutan seramai 22,320 orang jemaah haji yang bakal bermula pada 27 Ogos 2014 dan ini dijamin mencukupi.

Beliau juga menyeru agar rakyat Malaysia yang bakal melakukan ibadah haji kali ini menjaga kesihatan.Penyakit EBOLA setakat ini masih tiada kenyataan rasmi dari kerajaan Arab Saudi dan bakal haji tidak perlu berasa risau.


No comments:

Post a Comment