Wednesday 27 August 2014

SIRI HAJI 1435 : PERSIAPAN MENYAMBUT JEMAAH LANCAR





Jemaah haji yang pertama bakal sampai disini (Madinah) dijangka jam 0900 pagi ini waktu Arab Saudi.Persiapan Tabung Haji untuk menyambut telah siap sepenuhnya.

Segala kemudahan dipersiap bagi memudahkan jemaah dari segi pendaftaran bilik,pengeluaran duit,khidmat kaunseling dan khidmat perubatan.



Haji Nurrin, Timbalan Perhubungan Haji Kebajikan musim 1435 yang ditemurah semalam menyatakan segala persiapan itu berjalan lancar.Hanya menantikan kehadiran jemaah KT01 seramai 450 tiba di Madinah dan mereka akan terus dibawa ke Hotel Movenpick bagi sesi pendaftaran bilik.

Bagi perkhidmatan kesihatan,Tabung Haji menggunakan 'Sistem Khidmat Bersepadu' untuk menyampaikan kepada keluarga di tanahair jikalau jemaah dalam keadaan tidak sihat.

Beliau menambah,andai berlaku kematian yang melibatkan jemaah Malaysia,segala urusan akan ditanggung dan dijalankan oleh pihak pengurusan Tabung Haji dan akan memastikan yang jemaah yang meninggal di solatkan di Masjid Nabawi jika di Madinah dan di Masjidil Haram jika di Makkah.Manakala akan dimakamkan di perkuburan Baqi' bagi di Madinah dan perkuburan Syara'ik jika di Mekah.


No comments:

Post a Comment