Sunday 24 August 2014

SIRI HAJI 1435 : LADANG UNTA TIADA DALAM SENARAI @azeezputera @tabung_haji



Musim Haji bagi sesi 1435 Hijrah semakin dekat.Persiapan Tabung Haji di Madinah bagi menyambut jemaah haji semkin dipergiatkan.



Antara program yang telah disusun atur bagi jemaah ialah Ziarah Madinah. Pengurus Ibadat Haji di Madinah Ustaz Razali Ishak berkata dalam sidang akhbar program telah diatur dan dibahagikan kepada 2 zon yang setiap zon itu dibantu oleh seorang pembantu ibadat lelaki dan seorang perempuan.



Pembahagian zon itu akan lebih melancarkan pergerakan dan memudahkan jemaah. Jemaah akan berada di Madinah selama 8 hari dan pihak Tabung Haji akan memastikan jemaah akan menggunakan waktu sebaiknya untuk beribadat.

Setiap siri ziarah akan mengambil masa 15-20 minit setiap tempat. Ziarah akan terbahagi kepada 2 iaitu ziarah dalam dimana Jemaah akan dibawa ziarah ke Pintu Babu Salam,Makam Rasulullah s.a.w dan dua orang Sahabat Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar dan perkuburan Baqi.Ziarah luar pula jemaah akan dibawa ke Masjid Quba,Masjid Qiblatain, Masjid 7, Makam Syuhada Uhud dan diakhiri dengan ladang kurma.

Program kali ini terdapat sedikit kelainan yang mana jemaah akan ditambah tempat ziarah mereka iaitu Masjid Ijabah dan Masjid Juma yang mana kedua-dua terdapat sejarah yang tersendir.

Masjid Ijabah

Masjid Juma'ah

Dianggarkan setiap tempat diperuntukkan selama 15-20 minit bagi jemaah bagi program ziarah ini yang akan dimulakan 7 pagi dan berakhir jam 12 tengahari. Pengurusan Tabung Haji juga akan memberi taklimat yang secukupnya dan bagi jemaah yang tidak faham,kaunter akan dibuka bagi soal jawab.

No comments:

Post a Comment