Friday 29 August 2014

SIRI HAJI 1435 : ROTI CANAI DAN RENDANG UNTUK JEMAAH @tabung_haji @azeezputera #haji1435


Sehingga kini,ketibaan jemaah haji Malaysia semakin ramai tiba di Madinah.Selain penginapan,pengangkutan Tabung Haji juga menitik beratkan khidmat makanan yang disediakan untuk jemaah pada waktu tengahari dan malam.



Tabung Haji yang sebelum ini telah menghantar barang-barang kering/bahan masakan sebelum Ramadhan lagi kerana pemeriksaan kualiti oleh Kerajaan Arab Saudi yang ketat hingg memakan masa sehingga 2 bulan untuk kelulusan bagi memastikan segala barang selamat untuk dipakai.


Semua ini dikendalikan oleh 100% anak syarikat Tabung Haji yang dikepalai oleh Haji Adly Bin Mohamad.Antara menu yang disajikan bagi jemaah kebanyakkannya adalah selera tempatan(Malaysia) seperti ikan masak sambal,kari ayam, kobis masak lemak,kari terung, rendang,sambal belacan dan menu istimewa setiap Jumaat iaitu Nasi Beriani.

Bagi yang mempunyai alergi atau masalah kesihatan,haruslah berjumpa doktor bagi mendapat kelulusan dan jemaah itu akan dimasak menu berasingan yang sesuai.

Tabung Haji juga membawa bekalan roti canai dan chef khusus bagi menebar roti canai khas untuk jemaah haji.Ini juga salah satu khidmat unyuk jemaah yang mahukan citarasa makanan Malaysia.

Kebanyakkan chef yang dibawa dari Malaysia ini telah mendapat latihan mental dan fizikal yang secukupnya bagi menghadapi masalah cuaca dan keadaan di Madinah ini.

Dengan makanan yang memenuhi citarasa diharap jemaah dapat melakukan ibadah dengan hati gembira dan tenang.

No comments:

Post a Comment