Friday 22 August 2014

SOLAT JENAZAH GHAIB UNTUK PENUMPANG MH17 @azeezputera @tabung_haji #mh17 #tabunghaji

Sempena memperingati dan menyahut seruan kerajaan,petugas tabung haji yang bertugas di Madinah secara berjemaah melakukan solat jenazah ghaib dan juga tahlil bagi penumpang pesawat MH17 yang terkorban diimamkan oleh Ustaz Razali bin Ishak Pengurus Ibadat Tabung Haji di Madinah. 


Solat turut dilakukan oleh semua petugas dan dihadiri juga oleh Pegawai Operasi Tabung Haji di Madinah Encik Zawawi yang telah tiba lebih awal. Beliau mengulas lanjut mengenai persiapan di Madinah bagi menyambut jemaah haji yang kesemuanya hampir 80% selesai.


Antaranya pusat perubatan/rawatan,pusat penginapan dan kaunter-kaunter khidmat pelanggan bagi melancarkan pergerakan yang dibantu oleh 85 petugas Tabung Haji termasuk 22 rombongan perubatan.

Seramai 11,000 jemaah haji yang akan tiba terus dari Malaysia bagi melakukan tuntutan ibadah rukun Islam ke - 5 itu dan sebahagian yang lain akan terus ke Makkah.

No comments:

Post a Comment