Header Ads

Breaking News

ERRA FAZIRA SAH BERCERAI TALAK SATU



Pelakon utama Filem Sembilu, Erra Fazira hari ini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.

Erra Fazira, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, tiba di pekarangan mahkamah bersama teman rapatnya, Umie Aida dan Erma Fatima pada jam 11.45 pagi tadi.

Desas-desus yang mengatakan mereka tidak lagi sehaluan akhirnya membawa kepada kenyataan.Dalam perbicaraan itu,mahkamah membuat keputusan untuk menyerahkan hak penjagaan anak mereka kepada Engku Emran.

Erra sebelum ini pernah berkahwin dengan jutawan muda,Yusry KRU pada Jun 2003 dan bercerai pada tahun 2006.Perkahwinan keduanya bersama Engku Emran pula hanya bertahan selama 7 tahun.


KataPakTua: Senang ler Erra nak belakon bepelok-pelok dalam teater nanti..haha

No comments