Jika semakan keputusan BR1M 3.0 2014 menunjukkan anda gagal, terbaru menerusi kenyatan Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN), anda boleh menghantar permohonan rayuan BR1M 3.0 2014 dan LHDN bersedia untuk mempertimbangkan semula permohonan anda.
Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014
- Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan untuk menghantar permohonan rayuan BR1M 3.0 2014
- Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonan rayuan Br1M 3.0 2014 untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.
- Pembayaran Br1M 3.0 2014 akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan.
Pastinya dengan ledakan kenaikan kos sara hidup hari ini terutamanya melibatkan rakyat malaysia yang tinggal dan di kawasan bandar, permohonan rayuan BR1M 3.0 2014 andaikata dapat diluluskan sekurang-kurangnya dapat menampung penurunan belanja boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia hari ini setiap bulan.
No comments:
Post a Comment