Dikatakan bakal menumpang tuah abangnya itu, Azwan bukan sahaja meraih lebih populariti bahkan turut mencetuskan 'viral' di laman-laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.
Enggan mengulas mengenai kejayaan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor, Azwan bagaimanapun memohon agar semua pihak menghormati dirinya.
"Tolong hormat Azwan Ali!," tegasnya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Tambahnya lagi, situasi itu secara tidak langsung membenarkan perumpamaan 'menangguk di air yang keruh' sedangkan sebelum ini dia tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa untuk berjaya.
"Semua pihak yang kecoh di alam siber, sebesar hama pun saya tidak hairan.
"Azwan Ali gah selama 27 tahun bukan kerana pertolongan mana-mana menteri besar," tegasnya.
Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Azmin, pengacara yang popular dengan tagline 'Ada Aku Kesah???' ini tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas lanjut.
"Saya tidak mahu komen apa-apa lagi. Setiap pendirian saya itu, sudah tentulah ada sebab musababnya - SINAR
No comments:
Post a Comment