Kemuncak Haji semakin hampir.Kedatangan jemaah dari pelbagai negara dari seluruh pelusuk dunia semakin membanjiri Mekah dan dijangkakan akan semakin bertambah memandangkan isytiharnya Wukuf di Arafah pada Jumaat (3 Oktober 2014).
Bagi Malaysia, persiapan menyambut hari Masyair (Arafah,Mudzalifah, Mina) semakin dipergiatkan.Semalam Ketua Rombongan Haji Dato Syed Saleh sekali lagi bersama rombongan melawat 'tapak-tapak' untuk Malaysia.
Dalam tinjauan itu didapati kebanyakkan kerja-kerja menyiapkan tempat untuk jemaaj haji sedang giat dijalankan.Dato Syed mengatakan hampir 80% persediaan sudah siap untuk menanti ketibaan jemaah Malaysia yang akan berlepas dari Mekah berperingkat.
Dijangkakan seluruh jemaah Malaysia akan berada di Arafah malam 8 Zulhijah sebelum menunggu untuk wukuf keesokan harinya.Secara keseluruhan lawatan itu,Dato Syed Saleh berpuas hati dengan pencapaian proses-proses persediaan itu.
Rombongan sempat menunaikan solat Asar berjemaah dan membuat bacaan doa selamat dan yassin bagi memanjatkan kesyukuran dan berdoa agar Allah mempermudahkan keseluruhan operasi dan jemaah dapat menunaikan ibadah haji ini dwngan sempurna.
No comments:
Post a Comment