Thursday, 11 September 2014
"JIKA HENDAK KE LUAR NEGARA,JEJAKKAN DULU KAKI KE TANAH SUCI" #haji #haji1435 @azeezputera @tabung_haji
Itulah ungkapan yang sering diingatkan kepada anak-anak oleh Kalsom Ibrahim 56 dan beliau tidak pernah menyangka amalan menabung untuk ke tanah suci yang diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil kini membuahkan hasil apabila dua daripada empat anaknya turut menyertai dia dan suaminya, Abu Bakar Yussof, 59, menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini.
"Sebenarnya saya dan suami baru sahaja membawa kesemua empat anak kami, tiga perempuan dan seorang lelaki menunaikan umrah Disember lalu. Apabila sampai ke tanah suci, mereka memberitahu hasrat hendak datang lagi ke sini.
"Alhamdulillah, walaupun sedikit terkilan kerana dua lagi tidak dapat bersama kerana lewat mendaftar, saya bersyukur kerana masih mampu membawa anak sulung dan kedua bersama kami," kata Kalsom yang berasal dari Semabok, Melaka.
Kalsom dan dua anaknya, Khairunnisa Abu Bakar, 27, dan I'ffah, 26, ditemui ketika tiba dari Madinah di maktab penginapan mereka di Hotel Abraj Al-Janadiriyyah di sini.
Rasa terharu diluahkan kedua anak-anaknya apabila dapat mejejakkan kaki ke bumi suci sekali lagi dan kali ini menjadi tetamu Allah bagi melakukan haji di usia muda ini.
Keluarga ini turut merakamkan terima kasih yang tidak terhingga dengan pengurusan Tabung Haji yang cekap,mesra dan mantap.
ITULAH REZEKI ALLAH.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment