Thursday, 11 September 2014

SOALAN UPSR BOCOR ADALAH SATU GERAKAN MENJATUHKAN MUHYIDDIN YASSIN??? @muhyiddinyassin




Kertas soalan UPSR 'bocor' membangkitkan kemarahan banyak pihak.Terutamanya ibu bapa pelajar yang menganggap ini adalah kecuaian Kementerian Pelajaran Malaysia yang secara tak langsung memburukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pendidikan.

Kemungkinan besar berlakunya perkara ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan dan menamatkan kariernya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan bukanlah untuk membocorkan soalan kepada murid sebenarnya.

Bagaimanapun,satu badan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat tentang soalan 'bocor' ini dan akan disertai dengan orang berpengalaman dan pihak berkuasa.

Sebelum ini muncul ura-ura yang mengatakan beliau akan bertanding bagi merebut jawatan Presiden Umno dan mahu menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.Ini semua kerja jahat yang mahu melaga-laga dan memecah belahkan pucuk pimpinan.

Namun pelbagai usaha 'mereka-mereka' ini tidak berjaya dan pastinya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus diasak dari pelbagai sudut sehingga beliau meletakkan jawatan.



No comments:

Post a Comment