Wednesday 1 October 2014

JEMAAH MALAYSIA YANG SAKIT TERKEJUT TERIMA KUNJUNGAN VIP @azeezputera @tabung_haji @dsjamilkhir #haji #haji1435



Jemaah Malaysia yang ditahan di wad Hospital Aziziah di Mekah kendalian Tabung Haji dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Tan sri Muhyiddin Yassin siang tadi.




Kunjungan beliau diiringi Pengerusi Tabung Haji Dato Seri Azeez Rahim dan kepimpinan tertinggi.Disamping melawat jemaah yang ditahan untuk dirawat, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan kata-kata semangat kepada jemaah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata kesemua pesakit yang uzur dan tidak berkemampuan juga akan dibawa bagi melakukan ibadah wajib haji iaitu berwukuf di Arafah pada Khamis ini.

Dalam masa yang sama Dato Seri Azeez Rahim menyampaikan sedikit cenderahati sumbangan Tabung Haji kepada pesakit-pesakit.

No comments:

Post a Comment