Header Ads

Breaking News

PANAS!!!' YAHUDI' TAJA UMAT ISLAM MENUNAIKAN IBADAT HAJI? @azeezputera @NajibRazak



PUTRAJAYA 18 Jun - Dua Tok Batin dan lapan guru pondok antara 1,000 orang penerima tajaan untuk menunaikan farhu haji tahun ini menerusi Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiga calon bakal jemaah haji telah dipilih bagi setiap bahagian melibatkan 191 bahagian di seluruh Malaysia.

"Pada tahun ini saya difahamkan terdapat dua orang Tok Batin yang mewakili masyarakat orang Asli dan lapan orang guru pondok yang mewakili Institusi Pondok bakal bersama-sama ke Tanah suci.

"Pemilihan calon tahun ini melibatkan 191 bahagian seluruh Malaysia dan secara puratanya tiga calon bakal jemaah Haji dapat dipilih bagi setiap bahagian," katanya ketika berucap pada Majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardhu haji di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek, Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut Najib, program tersebut dilakukan bagi menghargai jasa imam dan pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) di seluruh negara yang disifatkannya sebagai tidak ternilai.

"Tuan-tuan banyak jasa dan khidmatnya. Bukan senang jadi imam. Peranan imam dan ketua kampung besar dalam masyarakat kita.

"Kedua-dua institusi ini saya anggap amat penting sebagai teras kesejahteraan sosial dalam negara," ujarnya.

Najib berkata bilal dan tok siak di seluruh negara akan berkemungkinan diberi peluang yang sama melalui program tersebut pada masa akan datang.

"Insya-Allah kalau ada rezeki kita akan teruskan pada masa akan datang. Mungkin kita akan cari bilal dan tok siak pula supaya yang lain dapat merasai nikmat menunaikan rukun Islam kelima," katanya.

Melalui program tersebut, para jemaah turut menerima bantuan kain pasang, kain pelekat, kurma dan wang saku sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah.


Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyempurnakan pelancaran program Ramadan Al-Mubarak peringkat nasional serta pengagihan kurma dan air zam zam di masjid seluruh negara.


KataPakTua : Manusia yang selalu pembangkang keji inilah yang sering membela umat Islam di Malaysia..


No comments