Wednesday, 21 May 2014

UiTM HANYA UNTUK MELAYU UMNO




Penuntut yang mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipilih berdasarkan merit dan cukup syarat, bukan berdasarkan fahaman politik dan status keluarga masing-masing, kata Naib Canselornya Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar.

Beliau sekali gus menolak dakwaan & fitnah calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud bahawa hanya anak orang UMNO daripada keluarga beradasahaja dipilih memasuki UiTM berbanding anak keluarga bukan daripada parti itu.

UiTM, jelasnya, mengambil penuntut berdasarkan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan ia tidak boleh membuat pilihan mengikut parti.

"Dakwaan (Dyana Sofya) langsung tidak benar, tidak logik, tidak cerdik dan tidak matang," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di London.

"Ada juga yang datang merayu tidak kira siapa (orang UMNO atau bukan UMNO), ramai anggota parti bukan UMNO datang dengan nama-nama untuk diberi tempat dan ada juga pemimpin parti bukan UMNO datang minta tolong calon-calon mereka. Kita terima (rayuan) dan beri tempat berdasarkan merit dan syarat," katanya.

Dyana Sofya, yang juga bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM sebelum ini mendakwa universiti itu hanya mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin UMNO yang berada untuk melanjutkan pelajaran, berbanding penuntut miskin yang lebih layak bukan daripada keluarga anggota UMNO.

Sahol Hamid menarik perhatian bahawa UiTM mempunyai program khas anak miskin tegar membabitkan 5,000 penuntut daripada keluarga berpendapatan kurang RM3,000 dipilih mengikuti pengajian di universiti itu.

Beliau berkata statistik juga menunjukkan 65 peratus pengambilan penuntut UiTM terdiri daripada anak keluarga kurang berada.

Menurutnya lagi, hampir 70 peratus daripada alumni UiTM yang bilangannya hampir mencecah 600,000 datang dari luar bandar dan daripada keluarga tidak mewah.

Dalam pada itu, Sahol Hamid menegaskan tidak salah untuk mengaitkan UiTM dengan Umno kerana parti itulah yang telah memperkenalkan UiTM dan ia sehingga kini memberi sokongan berterusan dan menjaga kebajikan institusi itu.

"Mana-mana institusi sepatutnya bertuah untuk mendapat sokongan seumpama itu. UiTM berada pada kedudukannya kini kerana UMNO dan tiada siapa boleh menafikan hakikat itu," katanya.

Naib Canselor itu menegaskan terdapat banyak institusi di Malaysia dan seluruh dunia yang dikaitkan dengan organisasi dan parti politik.


NYATA CALON MUDA INI TIDAK BERASAS DAN HANYA MENGIKUT APA SAHAJA YANG DISURUH 'TUANNYA'.
PERCATURAN YANG SUDAH DAPAT DILIHAT

No comments:

Post a Comment