'Saya Tak Mampu Bertahan Lagi'
PETALING JAYA: Isteri
kepada pemuzik dan pendakwah Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar
memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu di Mahkamah
Rendah Syariah Shah Alam dekat sini kerana konflik dalaman yang
berlanjutan sejak tiga tahun lalu.
Farazila, 31, berkata, keputusan
itu diambil selepas pelbagai usaha untuk memulihkan rumah tangganya
dengan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, menemui jalan
buntu.
"Saya ambil keputusan untuk
memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya
lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja.
"Beberapa konflik dalaman yang
berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi
sebab utama perceraian ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui
di Menara Star di sini.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor.
Ditanya adakah keputusan
bercerai itu turut dipengaruhi kontroversi kononnya Sham sudah bernikah
lagi pada Januari lalu, Farazila berkata, ia bukan faktor utama sehingga
dia mengambil tindakan itu.
Farazila dan Sham bernikah pada 17 Ogos 2008 secara rahsia. |
"Ia (bercerai) bukan
kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri
pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam
urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati.
"Mengenai cerita dia bernikah
lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia
tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur
berasingan dan bersikap kasar terhadap saya," katanya.
Farazila berkata, dia terpaksa
berdiam diri selama ini walaupun maruahnya dan keluarga diperlekehkan
umum sejak kontroversi Sham beristeri dua tersebar kerana disuruh
mengunci mulut.
"Sudah lama saya berdiam diri sejak cerita itu tersebar walaupun maruah saya dan keluarga diperlekehkan.
"Kalau diperhatikan, saya langsung tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Sham tidak membenarkannya.
"Saya
tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami
yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan
untuk memfailkan perceraian ini," katanya.
Kontroversi yang mendakwa Sham bernikah lagi pada 16 Januari lalu bukan punca utama Farazila memfailkan perceraian.
Menerusi laporan mStar Online
pada 20 Januari lalu, Sham menafikan desas-desus mendakwa dia sudah
bernikah lagi secara rahsia pada 16 Januari di Pulau Pinang.
Sham menganggap gosip itu
sebagai fitnah yang mencalar reputasinya sebagai pendakwah baru dan
menggores hati isterinya Farazila.
Pada artikel mStar Online
bertarikh 13 April lalu, keluarga yang dipercayai isteri kedua Sham
iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, terkilan apabila gitaris itu masih
enggan mengakui dia sudah bernikah kali kedua.
Sumber terdekat keluarga
tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak
jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan itu. M-Star
No comments:
Post a Comment