Thursday, 28 August 2014
SIRI HAJI 1435 : DITARIK NIKMAT MELIHAT,WARGA OKU ANTARA TERPILIH @azeezputera @tabung_haji
Imam Basori Bin Mukadji seorang warga OKU cacat penglihatan diantara yang terpilih dikalangan berjuta rakyat Malaysia yang berkeinginan melakukan ibadah rukun Islam ke - 5 itu.
Setibanya beliau di Madinah semalam pelbagai perasaan menyelubungi hatinya.Sayu,pilu,sedih semuanya adalah kerana gembira dapat memijak bumi suci dimana satu masa dahulu menjadi tempat Rasulullah s.a.w menyampaikan syariat.
Keinginan yang beliau pendam sejak tahun 90 an itu akhirnya menjadi kenyataan.Tidak disangka nikmat melihat yang ditarik Allah digantinya dengan 'hadiah' yang bermakna ini katanya semasa ditemubual media.
Walaupun pada ketika mendapat tawaran itu wang beliau masih tidak mencukupi dan harus disediakan hanya dalam masa 2 minggu,dengan bantuan kawan-kawan dan kuasa Allah segalanya selesai seperti yang dikehendaki.
Imam Basori yang ditemani pengiringnya Fakhrulrazi Hamsin tiba di Madinah semalam mengikut rombongan KT1 yang akan menginap di Hotel Movenpick yang bertaraf 5 bintang itu.
KT1 tiba bersama 450 orang jemaah disambut oleh KONGEN Haji Malaysia Tuan Haji Khalid Abbasi, Pengerusi Muasassah Adila' Syeikh Dr Ahmad Yusof Kawala juga Kuasa Usaha Besar Sementara Kedutaan Malaysia Tuan Haji 'Alaudin dan bersama petugas Tabung Haji di Hotel Movenpick.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment