Pada keseluruhannya, tahun ini adalah rekod tahun paling baik pernah dicatatkan dari segi pengurusan jemaah dan disiplin jemaah itu sendiri.Selain kematian yang berkurangan,kes pesakit luar juga dicatatkan sebanyak 30,686 kes,ianya berkurangan hampir separuh jika dibandingkan dengan tahun lepas sebanyak 52,532 kes.
Perkara ini diberitahu sendiri Pengerusi Tabung Haji Dato Seri Azeez Rahim kepada petugas media di Mekah.Beliau juga berkata penambahbaikan yang akan dilakukan pada tahun-tahun akan datang antaranya 'Projek Perintis Gelang Pintar' yang boleh mengesan pergerakan jemaah bagi mengelakkan tersasar/sesat dari laluan.Beliau sendiri telah mencuba dan sistem ini akan ditingkankan dan jikalau sesuai ianya akan diguna pakai tahun depan.
Ini termasuk kedudukan ibu pejabat Tabung Haji dan maktab penginapan jemaah di Hotel Abraj Al-Janadiriyyah, terletak hanya 750 meter dari Masjidil Haram, yang telah memasuki tahun akhir pajakan sekali gus memerlukan penelitian untuk memastikan penyewaan bangunan tersebut diteruskan lima tahun lagi.
“Contohnya, bilik air jemaah di Arafah yang kelihatan ada kekangan (masalah) kerana berjuta-juta jemaah dari seluruh dunia turut berada di sana pada waktu itu (untuk berwukuf),” kata beliau pada sidang akhbar sebelum berlepas pulang ke tanahair setelah mengerjakan haji.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail dan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Menurut beliau lagi, pihak Tabung Haji berpuas hati dengan proses saringan kesihatan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua 250 orang tenaga kerja rombongan kesihatan yang bekerja bertungkus lumua bagi membantu proses berjalan lancar sepanjang musim haji ini.
Mengenai penerbangan balik jemaah ke tanahair, Abdul Azeez berkata, penerbangan pertama pulang ke Malaysia dari Jeddah adalah pada Jumaat ini pada pukul 7 pagi.
Sebanyak 30 penerbangan akan berlepas dari Madinah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) manakala 34 lagi dari Jeddah.Penerbangan terakhir atau KT64 adalah pada 6 November ini dan tiba di KLIA keesokannya (7 November) pada pukul 6.30 pagi.
No comments:
Post a Comment