KENYATAAN Timbalan Perdana Menteri bahawa tidak mustahil tragedi 13 Mei berulang hanya “peringatan” supaya rakyat Malaysia tidak mengambil muda perpaduan dalam negara ini, kata MCA. Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, justeru itu“semua rakyat Malaysia harus bersatu menentang kumpulan pelampau dan militan di negara ini”. Beliau bagaimanapun enggan mengatakan sama ada MCA menyokong pandangan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu. Saya tidak mahu kata sokong atau tidak. Tetapi kenyataan timbalan perdana menteri itu adalah peringatan untuk kita semua, tegasnya selepas menghadiri seminar MH370 atas kapasiti barunya sebagai menteri pengangkutan.
Muhyiddin semalam dilaporkan memberi amaran bahawa peristiwa rusuhan kaum mungkin akan timbul semula sekiranya perpecahan antara kaum berlarutan dan tidak dibendung. Laporan Utusan Malaysia semalam menyebut, peristiwa 13 Mei itu juga mungkin timbul sekali lagi jika berlaku sekali lagi jika perlembagaan terus dipersoal. Muhyiddin memberi amaran tersebut memandangkan“perbalahan kaum ketika ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain”.
Ada baiknya kenyataan TSMY ini,sekurang-kurangnya ianya mengimbau tragedi itu untuk sama-sama muhasabah diri.
No comments:
Post a Comment