Thursday 30 January 2014

#PRKKajang : NIK AZIZ CUBA TUTUP BONTOT ANWAR DARIPADA DIPALAM



Dalam semua sibuk memperkatakan hal pengosongan kerusi Dun N25 Kajang,Nik Aziz turut mahu mencelah dan mecari publisiti.



Menurut laporan di portal haramkahdaily Harakahdily, Nik Aziz menyelar media pro-kerajaan yang mengatakan pengosongan kerusi Dun N25 Kajang itu untuk memberi laluan bagi Anwar Ibrahim meneruskan kegilaan mengejar pangkat dan jawatan secara langsung mengakibatkan wang rakyat bakal dibazirkan untuk PRK Kajang itu.

Nik Aziz dalam kenyataannya, mencabar UMNO dan Barisan Nasional untuk tidak meletakkan calon di Kajang bagi memberikan secara terus kerusi itu kepada Pakatan Rakyat.(tiada PRK)

Apakah logik akal yang Nik Aziz gunakan untuk mengeluarkan kenyataan yang tiada asas itu?Beliau seolah-olah merelakan penduduk Kajang ditipu habis-habisan dan sangat bersetuju dengan pengosongan kerusi Dun N25 itu.Nik Aziz harus ingat,penduduk/rakyat Kajang telah memilih pilihan mereka atas dasar kepercayaan kepada calon sebelum ini,tapi ianya dimusnahkan sekelip mata hanya kerana kepentingan peribadi Anwar Ibrahim.

Apakah Nik Aziz ingat penduduk/rakyat Kajang boleh berdiam diri?Dan hanya akan merelakan perlakuan bangsat PR?
Cubaan Nik Aziz menutup kesalahan puak mereka dengan cuba menyalahkan UMNO.Nampak permainan dia?

Jadi,wajar bagi UMNO dan Barisan Nasional untuk meletakkan calon bagi PRK Kajang tak lama lagi.Rakyat harus menentukan wakil yang benar-benar layak untuk tidak ditipu sedemikian rupa lagi.

Nik Aziz juga turut mengakui 'saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa pengosongan tersebut'
Maka benarlah kata Nasruddin Hassan yang mencemuh kepimpinan PKR.
PAS hanya parti TUPPERWARE?



Pakatan Rakyat hanya pada nama,zahirnya mereka boleh dikatakan langsung tiada kesepakatan dalam menentukan hal-hal kepimpinan dan perjuangan.Sekali lagi PAS dipinggirkan dan diperbodohkan.

Sebelum ini kerusi N25 itu disandang Lee Chin Cheh(PKR) apabila memenangi kerusi itu pada PRU13 yang lepas .Beliau mengorbankan kepercayaan pengundi Kajang dengan mengosongkan (meletakkan jawatan) kerusi  untuk Itu dan memberi laluan Anwar Ibrahim untuk merebut dan terus mengejar kegilaan menjadi Menteri Besar Selangor.


No comments:

Post a Comment