Wednesday 1 October 2014

BADAL HAJI - MANGSA TRAGEDI MH17 ANTARA PENERIMA @azeezputera @tabung_haji #haji #haji1435 @dsjamilkhir



Lembaga Tabung Haji (TH) akan melaksanakan badal haji pada Musim Haji 1435H/2014M untuk 25 orang warga Malaysia yang terkorban dalam beberapa insiden yang melanda negara baru-baru ini dan juga kepada bakal-bakal jemaah haji yang meninggal dunia sebelum wukuf.

Sumbangan TH dalam bentuk perlaksanaan badal haji ini merangkumi 10 orang anak kapal beragama Islam yang terkorban dalam insiden MH17,seorang anggota polis yang terkorban semasa insiden pencerobohan di Pulau Mabul,Sabah,6 orang bakal jemaah haji dan 8 mangsa lemas dalam tragedi di Sungai Muar, Buluh Kasap Segamat, Johor.


 "Sebagai sebuah institusi yang diamanahkan dalam pengurusan haji,badal haji ini adalah antara tanggungjawab yang dilaksanakan oleh TH setiap tahun khususnya kepada bakal- bakal haji tahun semasa yang meninggal dunia sebelum wukuf dapat diselesai dan di sempurnakan haji mereka.Juga sebagai keperihatinannya terhadap rakyat Malaysia yang gugur dalam menjalankan tugas menjaga dan mempertahankan kedaulatan negara " kata YB Dato Seri Jamil Khir,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu majlis ringkas maktab jemaah haji negara di Makkah.


Bagi insiden MH17, TH amat prihatin dan melahirkan simpati kepada semua yang terlibat apatah lagi petugas Malaysia Airlines System (MAS) telah dianggap sebagai keluarga TH sendiri, dimana TH dan MAS bekerjasama setiap tahun dalam mengendalikan Jemaah Haji Malaysia melalui pesawat MAS.

Selain itu,badal haji juga dilaksanakan untuk Koperal Ab Rajah Jamuan, seorang anggota Pasukan Polis Marin yang terkorban ketika pasukan keselamatan diserang hendap oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjatabdalam kejadian di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna Sabah pada 12 Julai 2014 yang lalu.Badal Haji ini sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan besar beliau demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara daripada ancaman pencerobon dan musuh.



Setakat ini sejumlah 6 orang bakal jemaah telah dilaporkan meninggal dunia pada musim haji tahun ini,termasuk seorang bakal jemaah dari Sabah yang , eninggal dunia akibat terlibak dalam kemalangan di Tanah Air.Badal Haji juga turut dilaksanakan kepada 8 remaja mangsa lemas di Sungai Muar , Buluh Kasap, Segamat, Johor pada 21 Februari 2014.

Semua kos (RM 62,500) bagi perlaksanaan badal haji ditanggung sepenuhnya dan pihak TH akan melantik mereka yang berkelayakan melaksanakan ibadah tersebut.Keluarga serta waris dimaklumkan mengenai perlaksanaan badal haji ini dan sijil badal hajimakan diserahkan kepada waris keluarga terbabit selepas tamat musim haji nanti.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh YB Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Tabung Haji, Ybhg Tan Sri Ismee Ismail,Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH serta pegawai dan petugas haji TH.

No comments:

Post a Comment