Saturday 20 September 2014

PENYEDIAAN MAKANAN UNTUK 22,320 ORANG JEMAAH HAJI MALAYSIA @azeezputera @tabung_haji #haji #haji1435




Menyediakan makanan untuk jemaah seramai 22,320 orang bukanlah suatu perkara yang mudah.Namun sudah menjadi tanggungjawab Tabung Haji untuk menyediakan dan memastikan semuanya berjalan lancar.




Petugas media diberi kesempatan untuk meninjau keadaan salah satu 'tapak operasi' bagi menyediakan makanan untuk jemaah haji Malaysia iaitu Al Hussam Catering.

Agak terperanjat apabila dimaklumkan peruntukkan barang-barang memasak termasuk 'boiler' 'steamer' 'chiller' ini memakan modal sehingga RM 20 Juta.

Melihatkan kelengkapan itu dengan 'mata kepala' sendiri wajarlah kos mancapai sehingga tahap itu.Manakan tidak segala kelengkapan itu antara yang terbaru dan canggih.




Mengiringi petugas media, Haji Adly selaku Ketua Operasi menerangkan dengan lebih lanjut tentang penyediaan makanan yang dilakukan dengan penuh teliti.

Tatkala jemaah masih tidur petugas dan chef yang menyediakan sudah mula bekerja bagi menyediakan makanan untuk hidangan tengahari.




Mengulas  mengenai penyediaan makanan, Monteaser Masoud Ketua Chef disini berkata apa yang paling penting disini adalah kebersihan, kesegaran dan rasa makanan itu.

Beliau yang juga berpengalaman menyediakan makanan untuk kenduri dan majlis rasmi di Arab Saudi ini menyatakan di Al Hussam Catering itu mampu menyediakan hidangan sehingga 40,000 orang dalam satu masa.

No comments:

Post a Comment